Komuniti Nelayan di Mukim Kuantan mahu kerajaan baharu nanti melantik seorang Senator dari kalangan nelayan bagi mewakili suara golongan itu di Parlimen.

Permintaan itu wajar dipertimbangan susulan banyak isu dan permasalahan dihadapi nelayan gagal diselesaikan sehingga sedikit sebanyak menjejaskan sumber pendapatan mereka.

Rata-rata nelayan mengakui pelantikan itu sebagai sebagai satu usaha kerajaan untuk menaik taraf kehidupan mereka ke arah lebih baik.

Malah ia juga sebagai pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan golongan nelayan kepada ekonomi negara.

Pandangan ini disuarakan Ketua Komuniti Nelayan Kuantan Mat Sani Tahir yang merasakan segala permasalahan berkaitan golongan terbabit akan lebih diberi perhatian, sekali gus tindakan tuntas dapat diambil.